SELAMAT DATANG KE BLOG PEJABAT PENERANGAN DAERAH KERIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat yang sudi mengunjungi blog Pejabat Penerangan Daerah Kerian...Kami berharap kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini dapat memberi komen atau berkongsi cerita untuk tatapan bersama....sekian.

Pilihanraya oh Pilihanraya.....

Assalamualaikum....

Pertama sekali...minta maaf lah yer...kepada semua peminat blog sebab dah lama blog kami tidak dikemaskinikan....walaubagaimanapun terima kasih kerana tetap setia bersama kami...

Cerita tentang pilihanraya ni kan...tak habis-habis....pergolakkan pentadbiran yang melibatkan parti politik ni amat panjang jalan cerita sampai banyak pula pilihanraya kecil yang kena buat.....tapi itulah jalan penyelesaiannya...

Alhamdulillah Pilihanraya Bukit Gantang yang lepas telah selesai dan tahniah kepada kepada semua petugas Pilihanraya Bukit Gantang kerana berusaha memberi komitmen yang terbaik demi menjalankan tanggungjawab masing-masing..tapi apakan daya kemenangan tidak menyebelahi BN...walaubagaimanapun itu semua ketetuan-Nya...ada hikmah disebalik apa yang diberikan kepada hamba-Nya....

Oklah...kita tinggalkan perkara yang lepas....

Pilihanraya DUN Penanti....pilihanraya lagi.....
Nampaknya beberapa orang petugas dari Penerangan Perak ni telah dipilih, oleh itu tahniah dan selamat berjaya dan yang paling penting sekali menjaga keselamatan diri semasa menjalankan tugas....maklumlah nama pun pilihanraya...kalau dah namanya manusia bertanding dengan manusia...tiada yang perfect...segalanya mungkin terjadi...
Kami akan memberi sokongan yang kuat kepada petugas-petugas Pilihanraya DUN Penanti.....


Thursday, July 30, 2009

Influenza H1N1

Virus yang menyerang kita secara senyap , pantas dan merbahaya.....
Untuk makluman pembaca blog ini.....

Wabak H1N1 sudah meningkat 109 kes di Daerah Kerian. Maklumat ini telah dibentangkan oleh Pegawai kesihatan Daerah Kerian dalam Mesyuarat Tindakan Daerah pada 30 Julai 2009. Hal ini menyebabkan kem PLKN Kg. Selamat, Gunong Semanggol telah ditutup berikutan terdapat kes H1N1 yang positif.

Oleh itu, sebarang aktiviti yang melibatkan orang ramai terpaksa ditunda sehingga keadaan agak pulih dan tidak membimbangkan. Selain itu, yang terbaru pula SRJK(Tamil) St.Mary dan SK. Wawasan,Pekan Baru turut ditutup selama seminggu disebabkan terdapat kes H1N1.

Keadaan yang agak serius ini amat membimbangkan kita semua tidak kira di mana sahaja kita berada, oleh itu kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga kebersihan diri serta memakai 'mask' sekiranya diperlukan.

No comments: