SELAMAT DATANG KE BLOG PEJABAT PENERANGAN DAERAH KERIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat yang sudi mengunjungi blog Pejabat Penerangan Daerah Kerian...Kami berharap kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini dapat memberi komen atau berkongsi cerita untuk tatapan bersama....sekian.

Pilihanraya oh Pilihanraya.....

Assalamualaikum....

Pertama sekali...minta maaf lah yer...kepada semua peminat blog sebab dah lama blog kami tidak dikemaskinikan....walaubagaimanapun terima kasih kerana tetap setia bersama kami...

Cerita tentang pilihanraya ni kan...tak habis-habis....pergolakkan pentadbiran yang melibatkan parti politik ni amat panjang jalan cerita sampai banyak pula pilihanraya kecil yang kena buat.....tapi itulah jalan penyelesaiannya...

Alhamdulillah Pilihanraya Bukit Gantang yang lepas telah selesai dan tahniah kepada kepada semua petugas Pilihanraya Bukit Gantang kerana berusaha memberi komitmen yang terbaik demi menjalankan tanggungjawab masing-masing..tapi apakan daya kemenangan tidak menyebelahi BN...walaubagaimanapun itu semua ketetuan-Nya...ada hikmah disebalik apa yang diberikan kepada hamba-Nya....

Oklah...kita tinggalkan perkara yang lepas....

Pilihanraya DUN Penanti....pilihanraya lagi.....
Nampaknya beberapa orang petugas dari Penerangan Perak ni telah dipilih, oleh itu tahniah dan selamat berjaya dan yang paling penting sekali menjaga keselamatan diri semasa menjalankan tugas....maklumlah nama pun pilihanraya...kalau dah namanya manusia bertanding dengan manusia...tiada yang perfect...segalanya mungkin terjadi...
Kami akan memberi sokongan yang kuat kepada petugas-petugas Pilihanraya DUN Penanti.....


Thursday, July 30, 2009

Influenza H1N1

Virus yang menyerang kita secara senyap , pantas dan merbahaya.....
Untuk makluman pembaca blog ini.....

Wabak H1N1 sudah meningkat 109 kes di Daerah Kerian. Maklumat ini telah dibentangkan oleh Pegawai kesihatan Daerah Kerian dalam Mesyuarat Tindakan Daerah pada 30 Julai 2009. Hal ini menyebabkan kem PLKN Kg. Selamat, Gunong Semanggol telah ditutup berikutan terdapat kes H1N1 yang positif.

Oleh itu, sebarang aktiviti yang melibatkan orang ramai terpaksa ditunda sehingga keadaan agak pulih dan tidak membimbangkan. Selain itu, yang terbaru pula SRJK(Tamil) St.Mary dan SK. Wawasan,Pekan Baru turut ditutup selama seminggu disebabkan terdapat kes H1N1.

Keadaan yang agak serius ini amat membimbangkan kita semua tidak kira di mana sahaja kita berada, oleh itu kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga kebersihan diri serta memakai 'mask' sekiranya diperlukan.

Wednesday, May 20, 2009

Program Info BESTARI Komuniti BESTARI Mukim Selinsing






Program Info BESTARI
Komuniti BESTARI Mukim Selinsing

Tarikh : 6 Mei 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Selinsing
Perasmi : Tuan Pegawai Daerah Kerian

Program ini dijalankan dengan kerjasama Agensi Antidadah Daerah Kerian dan Pejabat Penghulu Mukim Selinsing .
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai dan meminta program ini diadakan lagi. Selain itu, ia juga mendapat sokongan daripada jabatan kerajaan lain dan ada yang ingin turut serta dalam program ini pada saat-saat terakhir program ini bermula, tidak kurang juga permintaan daripada pihak agensi swasta yang ingin turut serta dalam program sebegini.
Untuk pengetahuan semua, sebanyak sepuluh khemah didirikan untuk program ini. Antara agensi kerajaan dan swasta yang turut serta iaitu Jabatan Kesihatan, AADK, Jabatan Pertanian, Polis, SPR, PESAKA, CELCOM, Kolej Islam serta Bank Pertanian.

Pengisian program ini pula seperti Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tabika, Pertandingan Penyediaan Makan Seimbang dan Cabutan Bertuah Kuiz Kenegaraan. Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan jayanya.






































Friday, May 15, 2009

TeRiMa KaSiH En. SaZeLi

Salam Mesra Dari Staff Pejabat Penerangan Daerah Kerian

Kami ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada bekas Pegawai Penerangan Daerah Kerian...EN.SAZELI BIN GHAZALI kerana telah menjadi pegawai yang terbaik untuk kami...segala jasamu amat kami hargai....insyaallah segala pengalaman dan ilmu yang diberikan kepada kami akan kami guna sebaik mungkin dalam kehidupan dan kerjaya kami di sini......
Kami harap En.Sazeli akan melawat kami di sini walaupun jauh di mata tapi dekat di hati....
TERIMA KASIH DARI KAMI BUATMU EN.SAZELI BIN GHAZALI